Nov 5, 2018

Kedai Barangan Bayi Sekitar Kota kinabalu

Hello gais!! Assalammualaikum.. Entry kali ni aku nak share sikit kedai menjual barangan bayi sekitar Kota Kinabalu ni.. Selama ni asik dok beli barang atas talian je  sampai la baru2 ni nk beli food proccesor utk bby Uwais harga ok dah mampu milik tapi kos postage  dia dekat Rm 50 kot hah gagah aku search google.. Bila dah google rupanya banyak pun senarai kedainya yang boleh diservay tingal rajin denga tidak je.. Lain kali gais kalau malu bertanya sila google jgn jadi aku berapa bnyak dh aku berabis dok byr postage aje...

Biasanya kalau nk cari bju bby ke car seat or stroller tu xda masalah kat shopping kompleks mcm parkson, metrojaya kalau kt kk ni ada Servay( pasaraya yg bole kata lengkap jgk la ) ada semua tu tapi yg mencabar bila kau nk cri mcm bby warmer, sterilizer, food processor, food storage, milk storage dan sebagainya lah mesti kena cri di kedai bby baru ada.. Jadi di sini aku ad senarai pendek beberapa kedai barangan bby untuk kemudahan mommy2 semua..

1. Baby Wonderland
Lokasi : Metro town (atas sugar bun )
Masa operasi : setiap hari
Waktu operasi : 10.30 am - 6.30 pm
Okeh sini mmg best boleh kata lengkap dan banyak pilihan jugak walaupun x sebesar Manjaku kat Bangi tu tapi dah cukup menepati citarasa aku sebab aku rasa apa aku nak ada disini. Aku beli Food Processor bby Uwais dekat sini nnti kalau berkesempatan aku review okay..











2. Mommy's Angels
Lokasi : Metro town (depan Baby Wonderland )
Masa operasi : setiap hari
Waktu operasi : 10.00 am - 7.00 pm
Sini aku xmasuk pun sebab baru je lepas beli proccesor adk Uwais jadi aku xnk masuk sebab takut jumpa lagi murah nnti aku menyesal..Haha.


3. Little Giuk
Lokasi : Block H, Plaza 333, Kobusak Comersial Centre..Ni kat penampang bypass korang boleh nampak signboard Plaza 333 tepi jalan tu je..
Masa operasi : setiap hari
Waktu operasi : 12.00 am - 6.00 pm
Sini pun ok jgk barang dia lebih kurang macam di Baby Wonderland cuma kurang pilihan sikit macam biasa ada bby organik food, untuk bby feeding, nursing semua ada la cuma yang best kat sini ada satu sudut mini playground jadi sgt best utk ibu-ibu yang ada anak kecik suruh la ayah jaga kejap ibu bolehla memilih dengan tenangnya dah setel pilih suruh ayah pergi kaunter setelkan apa yg patut..Haha







4. Happy Mums
Lokasi :No 25 Lorong Margosa 2 Kota kinabalu.. Boleh nampak bangunan Kota Kinabalu Medical Centre dari tepi jalan nk ke City Mall situ la lokasi dia..
Masa operasi : Isnin - Sabtu
Waktu operasi : 8.30 am - 5.00 pm
Okeh ini mmg heaven untuk ibu-ibu..  Breastpump dia pun bnyak pilihan cuma kat sini kedai dia agak kecik dan semak sikit rimas aku tengok tpi barang dia mmg padat terbaik..









5. Babyland
Lokasi :Kompleks Karamunsing, 3rd floor
Masa operasi :Setiap hari
Waktu operasi : 10.30 am - 7.30 pm
Sini xberapa best xbnyak pilihan tapi kalau korang nk cari baby gear mcm baby carseat dan stroller ada banyak pilihan berbanding kedai lain yang aku senaraikan..





6. KK toys

Lokasi : Unit 2/G13-14, Api-Api Centre, Lorong Api-Api, Api-api Centre
Masa operasi : Isnin - Sabtu,
Waktu operasi : 9.00 am - 6.00 pm 9.00 am - 3 pm (Ahad)
Kat sini bukan sahaja syurga ibu-ibu memilih barang tetapi juga syurga anak2 memilih mainan.. Aku dah lama xjejak kaki kat sini sejak abg Umar dah membesar ni sbb aku takut nnti barang aku xdapat barang dia yg lebih.. Oh yea kalau nk cari baby gear dan sebagainya tu kebanyakan di tingkat atas..

7. Little Me
Lokasi: Biasa ada dalam shopping mall so sambil menyoping boleh menyinggah.. shopping mall yang aku taw ada Imago, Suria Sabah dan City Mall..
Waktu operasi : Biasanya ikut time shoping mall la biasa 10.00 am - 10.00 pm..
Aku kurang gemar masuk sini sbb xbnyak pilihan dan x bnyak barang..

Okey sekian sahaja perkongsian aku kali ni diharapkan senarai pendek ni mampu membantu anda semua.. Oh yea abaikan bro sis yang dok interprem dalam gambar diatas ya..


3 comments:

Anonymous said...

Baby playpen/fence d kota kinabalu mau cari mana ya

lydia said...

mana yg ada jual baby playpen fence?

Anonymous said...

Ade jual buiyan x wasap akk boleh 01155063324