Feb 7, 2019

D'shaunn Lodge & Cafe Kundasang..

 Hello Gais!! Assalammualaikum... Sepanjang baru 4 kali ke kundasang sejak bermastautin di bumi Borneo ni, ini baru kali pertama jumpa penginapan yang aku rasa best.. Sangat puas hati bersih, selesa dan view pun awesome!! jadi jom terjah!!
D'Shaunn Lodge & Cafe Kundasang..

Lokasi dimana??
Lokasi dia betul-betul sebelah pintu masuk Desa Cattle Farm.. Konsep bilik-bilik mcm hotel jadi yang datang berkeluarga dan ada plan nk masak-masak untuk jimat belanja tu xsesuai la. Cuma kalau korang datang famly kecik mcm aku aritu berempat beranak je sangat la ok..

Berapa Rate??
RM 180 untuk twin bed / King Bed include breakfast.. Breakfast dia simple je masa aku aritu ada nsi grg mee grg telur mata dan 2 jenis air iaitu kopi dan teh.

Apa ada dalam bilik??
Dalam bilik ada tv, ada keatle nk masak air, cawan siap ada coffee dan gula.. Towel xbwk sbb xnk beg berat?? No Worries ada towel disediakan gais xperlu tambah duit.. Toilet mcm mna?? Ada toilet dalam bilik ye.. Ada pemanas air siap ada sabun dan shampoo tinggal korang bwk berus dan ubat gg je..

Boleh BBQ ke??
Ok yg ni kurang sikit..tempat dia boleh bbq dari dalam bilik ada satu lagi pintu keluar balkoni yang menghadap gunung kinabalu..situ boleh bbq cuma korang kena bawk peralatan sendiri..Maknanya bwk la pemanggang BBQ sendri...Itu yang kurang hope pengusaha D'shaunn dpt tingkatkan fasiliti yang tu..mungkin boleh kenakan cas untuk yang nk guna peralatan bbq sbb port and view dah cantik..

View Cantik??
Of corse cantik.. luar balkoni boleh nmpak gunung dan padang rumput tempat lembu meragut..hah 2 in 1 gais..xpayh masuk desa cattle pun nmpak lembu haha.. Cuma aku haritu tak da rezeki dpt bilik atas sbb dah penuh so dpt bilik bwh je. Itupun dah ok cuma law nk cntik lagi bila view dari bilik atas.. Ok nk cerita pasal view lg kat sini ada satu port mcm parkin ataupun anjung tinjau dia letak kerusi-kerusi korang boleh santai-santai sambil snap2 gmbar.. View mmg cun terus nmpak gunung gais mmg x rugi..

Nak makan senang tak??
Nama pun Lodge & Cafe kan so mmg ada cafe untuk makan.. Makanan berpatutan dan sedap.. Makanan jenis ala carte, order je sampai panas2 sambil makan menghadap view yang cantik perghhh terbaik..haha.. Waktu cafe beroperasi dari 7am-7pm.. So kalau nk isi perut utk mkn mlm sebelum kol 7 la kna mkan pastu mlm kebulur lam bilik kau masak megi jela.. Yang x menginap pun boleh je singgah mkn.. Dah penat tengok lembu mkn baik kau pun mkn haha..

Tak payah cite banyak meh nk share sikit gambar..

Nmpak tak tu pintu masuk Desa Cattle di sebelah kiri.. D'shaunn sebelah kanan tu je hah..

Dalam bilik katil king ada tv.. Cuma siaran xbanyak tapi ok la setakat satu mlm je and setakat nk tidur esok pgi dah nak kluar nk tgk tv pun xsempat..

Meja cermin ada keatle nk masak air boleh bancuh kopi ada disediakan cawan dan coffee..Air mineral pun ada dua botol..

Pintu tu untuk keluar ke balkoni yang boleh nmpak gunung dan padang ragut lembu..

View dari balkoni.. Ni bilik bawah kalau bilik atas kompom lagi cantik..

Bilik air bersih dan lengkap dgn sabun dan shampoo.. Ada pemanas air jgk jgn takut nk mandi..

Ni port yang biasa yang pengunjung selalu snap gmbar sebelum masuk Desa Cattle.. Dari bilik ktorang jalan kaki je ke sini ambik angin petang kundasang..

Malam-malam aku buat stimboat je.. Bwk bahan dan periuk letrik ni dri rumah.. Hehe

Ni view dari balkoni jam 8 am jelas tanpa kabus..

Ni lah tempat yang aku kata macam parkin ataupun anjung tinjau... Ni sebelah petang agak berkabus..
Berkabus..Hilang gunung..haha
Ok dah pagi..ni depan pintu bilik nampak matahari nak naik..


Di anjung tinjau pada pagi hari.. Clear gunung tu hah nmpak tak..

We're here at D'shaunn...
  




Ok la setakat itu sahaja yang boleh aku kongsikan.. Kesimpulannya Lodge ni patut ada dalam senarai pendek korang kalau nak cari tempat bermalam di kundasang..

Nov 28, 2018

Review : Autumnz Baby Food Processor...

Hello gais!! Assalammualaikum.. Entry harini nk review sikit baby food processor yang baru sebulan guna tu.. Sebenarnya dari zaman abang Umar lagi aku teringin nk pakai food processor ni tapi sebab masa tu ada je blender baru yang tak pernah guna so kuburkan je la hasrat tu.. Sekarang bila turn adk Uwais alang-alang memang nk kena beli blender kan so baik beli food processor je terus.. 

Baby food processor ni ada banyak jenis dari murah sampai la ke mahal... Ada 2 in 1, 3 in 1 dan 4 in 1.. Yang 4 in 1 ni boleh steam, blend, defrost dan reheat.. Yang aku beli ni 2 in 1 je boleh steam dan blend terus.. Harga pun mampu milik sangat kalau korang bukak shoopee n lazada harga cuma RM179.00 siap ada free gift macam-macam.. Dapat food storage, food feeder dan ada lagi la lain sila tgk sendiri sbb aku x beli on9 memandangkan kos postage je dekat RM50.. Aku beli kat kedai kalau kt KK ni mgkin la mahal sikit aku dapat paling murah harga dia RM184.00 dan xda free gift pun..

Sangat best untuk ibu2 yang nk jimat masa .. Bukan ibu pemalas okey..Tapi ibu2 yang bijak..haha.. Kalau nk buat puri tu just potong je kecik2 bahan dan masuk kan dalam jar dia.. Isi air dalam tempat yang aku tanda anak panah tu.. Pulas je ikut arah jam berapa lama korang nk steam.. Bila bunyi ting!!! Pulas ikut lawan arah jam untuk blend dan terhasil lah puri yang halus..



Kelebihan?? Tak payah susah-susah keluarkan steamer zaman tok nenek dlu..nanti nk membasuh steamer lg nk membasuh blender lagi dah satu hal.. Part nak basuh pun x banyak ad 3 je.. Penutup jar, jar dan pisau dia.. Nk basuh pisau tu mohon hati2 ye tajam tu.. Lebih bagus dh pakai terus basuh pisau dia sbb law dah kering lagi payah nk basuh..

Aku ni jarang jgk pakai steamer dia sbb aku jarang buat puri.. Untuk adk Uwais aku selalu buat bubur masak atas dapur nak blend baru pakai food processor tu.. Saje tukar method pemakanan dia sbb dulu abang umar start dengan puri so makin besar jadi picky eater payah tol mkn nasi badan sekeping xcukup berat.. 

Alang-alang boleh lah share bubur adk Uwais skali :
1. Bubur kosong
2. Beras + lobak merah
3. Beras + ikan bilis
4. Beras + brokoli
6. Beras + Brokoli + Ikan Bilis
7. Beras + Lobak merah + ikan bilis
8. Beras + Kurma
9. Beras + ikan bilis + bawang + bayam
10. Beras + ikan tuna + sawi + bawang
11. Beras + ayam + lobak + bawang

Banyak lagi yang ibu-ibu boleh cuba ikut kreativiti dan kerajinan masing-masing.. Kesimpulannya disini food processor ni mmg berbaloi untuk beli.. Kalau yg ada modal lebih sikit boleh beli yang mahal sikit.. So make sure ibu-ibu yang tengah eksited nk bagi anak makan tu masukkan food processor dalam senarai hajat anda..