Sep 12, 2018

TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG RANAU..

Hello gais Assalammualaikum!! entry kali ni saje nak share pengalaman ke Kundasang.. Sepanjang 3 tahun dah bermastautin di bumi Kota Kinabalu ni 3 kali dah la aku naik ke Kundasang tu..Walaupun dah 3 kali ke sana tapi still ada lagi tempat yang tak sempat lawat.. 

Ok first aku nk senarai dulu tempat-tempat manarik yang boleh dilawati bila korang nk ke Ranau.
1. Desa Cattle Dairy Farm ( Wajib singgah. 3 kali aku naik 3 kali masuk sana)
2. Kundasang War Memorial
3. Kinabalu National Park
4. Mesilau Strawberry Park
5. Mesilau Cat Village
6. Arnab Village
7. Air Panas Poring
8. Ladang Tea
9. Spa Ikan Tagal Luanti
10. Kedai sayuran banyak sayur boleh pilih-pilih

Sebenarnya banyak lagi aktiviti lasak pun ada tempat dia tapi ni aku senaraikan tempat yang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga  senang cerita hot spot la..

Kali pertama aku pergi Kundasang 2 hari satu malam.. Bermalam di Rosewood Homestay kundasang. Aku sewa sebuah bilik je.. Ada satu katil queen satu double decker so ok la untuk berempat dewasa masa tu baru ada umar sorang.. Tapi sempit sgt nak solat pun ngam2 je sorang celah katil tu. tak ada tv boring tak ada aktiviti bakar-bakar boleh dibuat. Pukul 8 malam dah tidur sbb sejuk siok tido..bonusnya di Rosewood pemandangan mmg cantik..bukak je tingkap bilik nmpak gunung cantik..port tgkap gmbar pun cun..

So tempat yang aku lawat masa kali pertama pergi

Desa Catle Dairy Farm
Bayaran masuk : Dewasa RM5 / Kanak-kanak RM4
Dibuka setiap hari : 8 am - 5pm
Tips kunjung : nak view cantik sebelum berkabus dtg sebelum 10 am boleh shoot gambar..
kalau nak tgk susu lembu diperah dtg petang jam 3pm-5pm. 
Kalau nk tgk susu diproses setiap Selasa, Khamis dan Ahad jam 10 am - 2pm
Wajib beli : Susu segar dan aiskrim memang terbaik.. yang vanila letak topping baru sedap kalau kosong je mcm kurang kick, tapi coklat ice cream dia xpayah toping pun sedap gais!!Kalau lapar ada pizza and sausage buat alas perut pun yummy!!

Kundasang War Memorial Park
Bayaran Masuk : RM2
Dibuka setiap hari 8.30 am - 5.30 pm
Pada aku tempat ni boring je.. xmasuk pun xpa just ada sejarah2 dan nama2 askar kot yang dah mati terukir kat atas tu.

Kinabalu National Park
Bayaran Masuk : RM5
Disini kaki gunung untuk pendaki mula naik..Yang tak nak naik gunung boleh la snap pic dekat pintu gerbang..Ada jgk port pukul gmbar yg berlatar belakang kan gunung kinabalu dan boleh bagi tupai yg jinak mkn.. 

Kali kedua aku pergi dah ada pengalaman sikit la nak cari tempat bermalam.. Untuk isi malam korang dari tak boring cari la homestay yang ada television dan tempat bbq. So kali kedua aku menginap di Inap Desa Kundasang homestay dua bilik lengkap dengan dapur dan keperluan rumah lain dan ada tempat BBQ so malam yang sejuk tu best buat bakar-bakar tapi yang tak siok tempat ni view xcantik.. Rm 250 per night kali ni aku pergi hari khamis so di Kundasang ada tamu hari khamis mlm hingga jumaat tgh hari. Tamu tu kira cam pasar malam la sini dorang panggil tamu. Kali kedua ni antara tempat yang aku singgah

Kolam Air Panas Poring
Bayaran Masuk : Dewasa RM3 / Kanak-kanak RM1
Dibuka setiap hari : 7 am - 6 pm
So dalam tu kalau xnk mandi air panas ada taman rama-rama dan kalau yg suka adventure sikit ada jambatan gantung tapi kena bayar lain utuk masuk ke taman rama-rama dan jambatan gantung tu.

Kali kedua pergi ni xbanyk tempat pergi sebab hujan je sepanjang dua hari aku kat sana.. just pergi Poring Hot Spring and Desa Catle Dairy farm pastu beli-beli sayur sikit turun KK balik..

Untuk kali ketiga ni aku pergi ramai sikit la..siap sewa van. Van aku sewa sehari RM250 van baru pulak tu seronok en Cinta Ati bawak van.. Kali ni aku cari homestay atas sikit kat area Desa Catle nama homestay dia S-Homestay Mesilou ada 3 bilik 2 bilik air rumah lengkap dengan dapur dan peralatan RM 245 per night. ada tempat BBQ so mlm boleh bakar-bakar.. Kat area ni bnyak homestay tapi S-Homestay ni la paling ok harga dia bg aku cuma view dia kalau nk pukul gmbar kena jalan kelua sikit dari rumah.. kalau dari rumah xboleh nmpak view cntik..tapi harga sangat ok dan selesa..

Kali ketiga ni hari pertama sampai je terus ke Ranau pagi2 gerak dari KK terus ke 

Sabah Tea
Masuk adalah percuma tapi kalau nk lawatan berpandu RM14
Dibuka setiap hari 8 am - 4.30 pm
Ada restoran kalau nk menikmati makanan sambil mengadap ladang teh.. Ada pondok2 kalau nk duduk santai sambil mkan bekalan sendri mcm famly aku dah siap2 masak so kitorang mkn je kat pondok tu..best gak cuma dah mkn kemas la ye jgn buat sepah kat tempat org.. Kalau nk beli teh sabah ada mini shop dia ada mcm2 jenis teh, teh halia, serai, tongkat ali dan segala jenis herba la..

Spa Ikan Tagal Luanti
Bayaran Masuk : Dewasa RM5 / Kanak-kanak RM 2
Dibuka setiap hari 8.30 am - 5 pm
Sekali masuk selama 30 minit ye gais..masuk nnti korang akan dapat nombor so nnti dia akan panggil no tu sekiranya korang punya time tamat. Tapi aku rasa sebelum 30 minit pun dah rasa nak keluar kot..So ok la bayaran untuk 30 minit tu..

Esoknya pagi2 keluar pergi Desa Catle mcm biasa tempat wajib kunjung aku setiap kali naik kundasang.. 3 kali pergi 3 kali singgah.. kali ni pergi pagi sebelum berkabus memang pukul gambar kaw-kaw lagi-lagi ada tukang ambik gambar dengan iphone mahal kah kah.. Lepas tu terus turun balik KK tapi sempat singgah 

Pekan Nabalu
Kat sini pun ada pondok-pondok kalau nk singgah makan bekalan sendiri mcm famly aku pagi-pagi sebelum keluar dah siap masak simple je lauk sardin dan masak nasi sampai pekan nabalu singgah mkn jimat gais kalau pergi ramai-ramai ni kena jimat. Kat sana ada pasar kraftangan dan ada kedai jual buah dan sayur jugak.. Yang penting lagi murah dari di kundasang buah nenas manis giler gais mmg terbaik.. Dah la murah sedap lagi.. Kalau korang nk beli cenderahati pun ada law nk beli tshirt yang ada tulis Kota Kinabalu dan sebagainya tu kat pekan Nabalu ni lagi bnyak kedai dan boleh tawar menawar smpi jadi.. Kalau kt pasar Filipine di KK tu kedai jual tshirt x bnyak so mhl sikit la lam singgit dua.. Kalau mmg berajat nk beli tshirt baik beli kat sini.. 

So itulah antara tempat-tempat yang sempat aku singgah sepanjang 3 kali naik ke Kundasang ni.. Sebenarnya sekali pergi je pun dah boleh pergi semua tempat korang kena pandai la adjust time.. mcm aku ni selagi bertapak kat KK ni sini je la tempat jenjalan aku kan so xpayah rushing.. Next  time mungkin nk pergi arnab village and cat village plk kot yang penting desa catle wajib kunjung haha.. Oh yea ada tempat yang korang boleh singgah dekat Tamparuli masa otw pergi dan balik.. 

Rumah Terbalik Tamparuli
Bayaran Masuk : Dewasa  RM12.70 / Kanak-kanak RM5.30
Dibuka setiap hari 7 am- 7 pm

Jambatan Gantung Tamparuli
Percuma je boleh lari-lari atas jambatan tu sambil pukul gambar sekeping dua Dan boleh baca sejarah Jambatan tu..








Sekian sahaja pengalaman dan serba sedikit info dari aku untuk kamu semoga bermanfaat gais..

1 comment:

Anonymous said...

nais..kipidap is :)