Nov 18, 2013

Dan Fasa Seterusnya...Be Ready!


Hola Readers!!!
yup counting days...
lebih kurang 5 hari dari sekarang aku bakal
melangkah ke fasa baru..
bakal bergelar seorang istri..
Perasaan aku???
aku sendiri sukar untuk gambarkan
ape yang aku rasa..
agknya kalau aku ada masalah simptom
hidung berdarah kalau rasa gemuruh
memang dah kering darah lam badan aku ni
sebab asik meleleh ikot idung je..
hahaha~~

Siapa tak takut memang tipu la kan
tidak takutkah anda
melangkah ke fasa dimna
lebih tanggugjawab untuk dipikul??
biarpon tidak seberat insan bergelar suami
namun gelaran istri tetap ad tggungjawabnya yg tersendiri bukan??
mampukah aku menjadi istri yang terbaik nanti??
menghakis sedikit sikap degilku yang tidak pernah luntur...
aku tidak mampu berjanji untuk jadi yang terbaik
namun aku akan cuba melakukan yang terbaik..
InsyaAllah...
 
Kata orang perkahwinan seperti satu perjudian
jika bernasib baik maka bahagia la, beruntung la..
namun jika x bernasib baik, musibahlah jawapannya..
jadi kini aku sedang memperjudikan hidupku
pada ketika usiaku 24 Tahun???
Ada pula yang mengatakan perkahwinan ini satu percaturan
ibarat permainan catur
jika kau pandai mengaturnya, bijak strategi perjuangannya
pasti kau berjaya..
Dan aku sedang merancangan percaturan hidupku pada
ketika usiaku 24 tahun??
ada ketikanya aku rasakan pada usia ini aku sudah cukup dewasa
namun ada ketikanya aku rasakan
aku belum cukup matang untuk menempuh situasi ini..
Namun aku percaya segalanya sudah tertulis
dan perancanganNYA tentulah yang terbaik..

Oh yea..
sebelum terlupa, buat insan yang pernah hadir dalam hidupku..
mungkin kita hanya ditakdirkan untuk bertemu
walaupon hanya untuk sekejap waktu..
Terima kasih kerana telah menambah warna warni
dan seri dalam arca kehidupan ku..
 
Buat si dia pilihan hatiku
harapanku semoga kau dapat membimbing
serta menjadi imam terbaik buatku..
dan satu pintaku janganlah kau mensia-siakan
kehidupan ku...
 
Buat semua readers,
aku harap anda semua sudi2 lah sama mendokan aku ye...
dan yang pernah singgah di laman buruk aku ni
sudi2 lah singgah lagi..
ok la chow dlu!!
 
 

No comments: