Jan 12, 2015

Review : Raudah by Ramlee Awang Murshid


Hola Readers!!
Happy New Year 2015!!
rasanya belum terlambat lagi kot nk wish epi new year kan??

So arini aku rasa cam nk review sebuah novel
dan semestinya karya penulis thriller paling best di Malaysia
merangkap novelis yang aku minati tak lain tak bukan
Ramlee Awang Murshid..

Novel berjudul Raudhah merupakan karya paling latest beliau
sekali lagi karya beliau memang tidak pernah menghampakan
apatah lagi mengecewakan..
hehe~~

Raudhah ~  Taman Syurga yang terletak di dalam Masjid Nabawi..
Mengisahkan Joker yang menyara hidupnya dengan 'blood money'
menjadi seorang pembunuh upahan yang tidak berhati..
mengambil upah dari manusia bergelar White
dan hanya berhubung di alam maya tanpa pernah bersua muka..
Kematian selama tiga minit Joker telah membuatkan dia
berfikir mengenai peluang kedua dalam hidup
dan mula untuk berubah..

Pertemuan dengan seorang kawan lama bernama Hambali merupakan titik awal perubahan Joker..
Namun perubahan ke arah kebaikan lebih banyak aral berbanding berubah ke arah kejahatan..

Apa yang mengagumkan aku plot masa hanya 3 minit
namum mampu menghasilkan sebuah novel..
memang terbaik!! 
Sesungguhnya penulis bukan hanya dikurniakan bakat menulis
malah bakat berimaginasi paling kelas!
ha ha~~

Untuk terus tenggelam dalam dunia seorang pembunuh upahan??
sila dapatkan Raudhah di kedai buku berhampiran anda..
dan pastinya Karya beliau tidak pernah menghampakan..

P/s: Tak sabar nak tunggu sambungan Nagroe Sang Kembara..

No comments: