Mar 12, 2012

Abang, Apa Salahku??

Hola!!
Abang, Apa Salahku??
Oppss ini tak da kena mengena dengan cinta aku
tapi ianya judul sebuah buku
yang mengisahkan tentang pengalaman
insan2 yang bergelar wanita
insan yang menempuh detik duka
dalam hidup saat cinta suami berpaling
 
Di dalam buku ni ada memaparkan
banyak kisah antaranya ialah
kisah seorang wanita yang cantik,
berkebolehan dalam menguruskan rumah tangga
serba serbi boleh dan
boleh dikatakan hampir sempurna sebagai seorang istri
tapi sebenarnya beliau terlalu banyak makan hati
akibat dari perbuatan suami
yang sering bertukar2 perempuan di belakangnya
masih belum sempurnakah istrinya di mata lelaki 2??
 
Ada juga diselitkan kisah dimana
suami yang kerap berfoya2 dan seorang kaki pukul
mengapa sebelum diikat dengan ikatan
perkahwinan tidak ditunjukkan perangai sebenar?
istri dijadikan seperti hamba
bila mau dicari, bila benci disakiti
dan tergamak pulak bawa perempuan lain ke rumah
macam mana agaknya perasaan seorang istri
bila tengok ad perempuan lain dalam
bilik kosong di dalam rumah
tanpa seurat benang!!
DAMM!!
kalau aku berada di tempat tu
aku tak taw la adakah aku masih mampu untuk berdiri
 
Ada juga kisah seorang istri yang sanggup bekerja keras
bergolok gadai untuk menyediakan
keperluan rumahtangga sedangkan
itu sepatutnya tanggungjawab seorang suami
tapi masih belum cukupkah pengorbanan si istri
sehingga suami masih lagi mencari gadis lain di luar??
 
Kadang2 aku terfikir mana perginya rasa cinta
yang dah bertahun2 disulam tapi 
dalam sekelip mata boleh hilang
mudah sangatkan rasa benci mengatasi cinta
yang dah bertahun disemai bersama
tidak terfikirkah mereka kebahagiaan
si kecil yang menjadi tali pengikat kasih
antara mereka??
 
Saat membaca buku ni
aku jadi takut,
takut jika pengalaman2 mereka pula bakal aku tempuhi
aku tahu semua wanita tidak mahu
menempuh pengalaman sebegitu rupa
tapi adakah takdir menyebelahi hidup mereka??
 
Aku hanya mampu berdoa
supaya cinta dan mahligai yang bakal
ku bina satu hari nanti tetap utuh hingga ke syurga
kerana aku yakin bukan semua
insan bergelar lelaki mudah hanyut
dalam tipu muslihat dunia
aku harap cintaku juga begitu
 
oh ye ni aku nk share buku yang aku baca
 

Mcm ni la rupa muka depan buku 2
kalau nk baca cari la ye
best buku die
ok chow ~ ~

No comments: