Oct 15, 2011

Aku Hanyalah Sebuah Rumah Kayu..

Aku hanyalah sebuah rumah kayu
rumah yang bisa reput dibawah sinar mentari
dan juga bisa lapuk ditimpa hujan silih berganti
Aku juga bila2 masa boleh rebah
jika sering dimamah anai-anai

Tidak sepertimu sebuah rumah batu
walaupon kecil kau ttp comel
malah lebih teguh berbanding ku

Aku juga punya impian menggunung
berharap agar suatu hari nnti
aku juga mampu menjadi rumah batu seperti mu
supaya aku bisa sama2 berganding disebelahmu
tanpa perlu risau akan cuaca mahupon anai2 perosak

Namun aku cukup bahagia
walaupun aku hanyalah sebuah rumah kayu
kau bersedia menerimaku
disisimu sedangkan kau lebih layak
berdiri disebelah rumah batu sepertimu
Dan harapanku rumah kayu sepertiku
tidak mencacatkan pemandangan sekelilingmu
Dan aku akan sentiasa disisimu
sehingga waktu kau sendiri menolakku
namun aku sangat2 berharap itu tidak akn berlaku..


No comments: