May 13, 2021

Pengalaman Aku Sebagai Pesakit Covid-19

 Hello Gais!!Assalamualaikum.. Malam ni berakhir sudah ramadhan untuk tahun 2021 semoga kita bertemu ramadhan yang akan datang amin.. Ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang tidak akan dapat dilupakan kerana tanggal 29 april (ulangtahun kelahiran anakanda kedua aku) bersamaan 17 Ramadhan aku telah disahkan positif covid -19.. Alhamdullillah dengan ujian kecil ini tandanya aku masih dalam perhatian-Nya.. Ujian sebagai tanda aku masih disayangi.. Ujian penghapus dosa Insyaallah.. So entry kali ini adalah serba sedikit coretan sepanjang aku bergelar pesakit covid-19.. Amaran: Coretan agak panjang kerana mengandungi serba sedikit kronologi  kejadian semoga kalian tetap terus kan bacaan sehingga akhir..

Dari mana aku dapat penyakit ni?? Usah ditanya teman-teman kerana sesungguhnya aku sendiri tak taw dari mana aku dapat.. Aku bergejala sakit tekak batuk dan selsema selama dua hari dan memutuskan untuk melakukan swab test dan keputusan swab test aku keluar positif..

27 hb April 2021 (selasa)- Aku mula rasa sakit tekak pagi selepas bangun dari tidur.. Start sebelah petang batuk dan selsema mula datang..

29 hb April 2021 (Khamis)- Aku memutuskan untuk buat RTK swab test di klinik swasta berdekatan rumah aku.. Walaupun hati aku masih menidakkan gejala-gejala yang aku alami tersebut adalah disebabkan wabak covid tapi sebagai langkah keselamatan aku tetap buat swab test.. Jadi untuk anda yang rasa ada gejala jangan la husnuzon sangat ckp sakit biasa je nk sedapkan hati punya pasal kerana banyak nyawa lain lagi di sekeliling kita.. selepas hampir 30 min lepas buat swab klinik tu kol aku dan paling aku xsangka aku disahkan positif covid.. Terkejut terkedu dan termenung aku dibuatnya.. Nak kata x jaga kebersihan dan keselamatan pakai sanitizer dah macam pakai losyen dah.. Tempat sesak mmg dah elak cuma yela mask tu kadang2 culas jugak tu pun kalau di ofis..Puas aku scan dan trace mana tempat yang aku pergi sepanjang tempoh dua minggu sebelumnya..Yang pasti balik dan pergi kerja mcm biasa.. Ujung minggu ke alamanda beli barang keperluan lepas tu lepak kat jambatan di Masjid Putra yang cuma ada aku 4 beranak je masa tu then lepak tepi tasik sementara tunggu en Cinta hati ke Bazar Ramadhan.. Serius aku xtaw dari mana aku dapat wabak ni dan akhirnya aku memutuskan untuk redha.. Macam mana aku nk elak pun kalau dah tertulis aku insan terpilih untuk melalui ujian ini maka inilah yang aku dapat..

Lepas dapat keputusan RTK aku terus bagitau pegawai atasan aku.. Disebabkan keperluan di jabatan maka aku terus diaturkan untuk buat PCR swab test dia IKN pada petang hari yang sama dan keputusan PCR aku terima pada tengah malam hari yang sama..

30 hb April 2021 (Jumaat) - Seawal pagi aku terima panggilan dari PKD Putrajaya untuk mengesan kontak rapat aku.. Kawan-kawan di pejabat semua telah diatur untuk buat swab test.. En cinta hati dan anak-anak pulak akan buat swab test pada 1 Mei.. Disebabkan keputusan ujian aku cepat dapat makanya cepat jugaklah aku akan diangkut ke pusat kuarantin MAEPS Serdang.. Petang tu jugak dalam jam 3.30 petang aku telah dibawa menggunakan ambulans ke MAEPS.. Merasa jugak la naik ambulans siap pasang siren.. Ambulans nya pulak laju betul sampai naik takut aku kang xmati sebab covid tak pasal2 mati eksiden pulak haha.. Setelah banyak cekpoint yang dilalui setibanya di MAEPS akhirnnya dalam jam 12.30 tgh malam barulah aku dapat katil.. Dapat pula wasap dari En cinta hati katanya dia demam.. Anak2 mmg dah start batuk dan selesema 2 hari yang lepas.. Hati mula rasa xkeruan dah la xnampak anak2 depan mata menitis jugak la airmata dibuatnya..

1 hb Mei 2021 (Sabtu) - Seawal 8 pagi En cinta hati dan anak2 dah terpacak di PKD Putrajaya untuk buat Swab test.. Aku pulak di MAEPS dah mula pemeriksaan disebabkan aku bergejala maka aku dikategorikan sebagai pesakit kategori 2A.. Sehari 2 kali kena buat pemeriksaan tekanan darah, kandungan oksigen dan kadar denyutan nadi.. Ubat pun dibagi ikut waktu dan bermula lah penyiksaan dan ketensionan aku sbb semua benda kena beratur..dari cek vital sign, ambil ubat, jumpa doktor semua kena berbaris tu belum cite lagi nk berak kencing dan mandi arghhhh stress!!!

2 hb Mei 2021 (Ahad) - Dah dua hari aku rasa sakit dada jadi aku ambil keputusan untuk jumpa doktor then doktor putuskan untuk buat ecg.. Alhamdullillah result ECG aku normal je lepas tu elok pulak lepas jumpa doktor dan periksa semua aku dah x rasa sakit dada haha.. Memang kena jumpe doktor jugak kot selagi xjumpa selagi tu la dada aku sakit je..

3 hb Mei 2021 (Isnin)- Awal pagi dapat wasap dari Cinta hati result swab dah keluar alhamdullillah anak2 negatif tapi malangnya cinta hati pulak positif.. Kawan-kawan sekerja aku pun semua negatif dan menunggu swab kedua pada hari ke-8.. Kat rumah cinta hati dah panik sebab dia positif tapi anak2 negatif.. hasil perbincangan dengan doktor dari PKD doktor memutuskan beliau boleh kuarantin di rumah memandangkan takda orang boleh jaga anak2.. Lepas tu abis satu rumah dia mop lap segala.. Pastu malam tu dia mengadu letih dan macam semput aku kat MAEPS dah susah hati tapi nasib baik besoknya dia mmg kena dtg untuk cekup harian di Klinik Kesihatan presint 9..

4 hb Mei 2021 (Selasa)- seawal pagi cinta hati dah keluar bawak anak2 ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan.. Malangnya tekanan darah beliau tinggi walaupun selepas beberapa kali pemeriksaan dan terpaksa juga dibawa ke MAEPS serdang untuk dikuarantin dan dipantau.. Maka bermula balik episod huru hara aku memikirkan anak2 macam mana ni?? Hasil perbincangan dengan doktor, maka doktor memutuskan untuk keluarkan surat supaya ibu aku dibenarkan merentas negeri ke Putrajaya untuk jaga anak2 di rumah.. sebelah petangnya lepas ibu sampai cinta hati pulak diangkut naik ambulans dan dihantar ke MAEPS..

5 hb Mei 2021 (RABU) - Alhamdullilah aku dah off ubat.. dah x perlu ambik ubat batuk dan selsema lagi maka dari kategori pesakit 2A aku dah jadi kategori 1 iaitu dah tiada simptom maka agak berehat jugak la aku sebab dah xkena panggil dan xperlu lagi beratur untuk pemeriksaan vital sign mahupun ambil ubat..

8 hb Mei(Sabtu) - Nama aku dipanggil mungkin untuk pemeriksaan terakhir sebelum nama aku keluar dalam senarai discharge.. Sebelah petang dengar pengumuman senarai nama untuk discharge esok hari dah keluar dan boleh tengok apa lagi mengelupur aku bingkas pergi tengok nama.. Syukur nama aku tersenarai untuk balik esok yahoo!! tak sabar nak jumpa anak2.. Untuk makluman kalian tarikh discharge dikira 10 hari dari tarikh swab test manakala yang bergejala pula 11 hari..

9 hb Mei 2021 (Ahad) - Yeahhhh Discharge day.. Seawal jam 8 aku dah keluar beratur rupanya ramai lagi yang lebih awal dari aku haha.. 9.30am aku selamat keluar dari Hall D Pusat Kuarantin MAEPS serdang dan balik terus dengan Grab.. Sampai2 je rumah segala kain baju dari bag yg pakai dan xpakai terus masuk mesin basuh dan mandi bersihkan diri.. Aku masih pakai mask sebab still ragu2 dengan diri aku plus risaukan anak2 n ibu aku yang dalam rumah..nak cium anak pun xberani padahal rindu giler dorang haha..

10 hb Mei 2021 (Isnin) - Anak2 buat swab kedua di PKD dan bermula balik episod debaran hati aku nk tunggu lagi 3 hari.. Ibu pulak dah nak balik senawang besok jadi aku terus book slot buat RTk swab test di klinik tempat aku buat swab haritu sebagai langkah berjaga2 sebelum ibu balik.. Alhamdullillah result ibu negatif makanya boleh la ibu balik dengan selamat tanpa ragu2.. Sebelum balik sempat ibu buatkan kuah kacang bekalan untuk hari raya aku haha..

12 hb Mei 2021 (Rabu) - Seawal 8.30 pagi dah terima panggilan dari PKD.. result anak2 untuk swab test kedua kekal negatif.. Syukur Ya Allah dah boleh potong gelang.. Oh yea kawan2 sekerja aku pun semua negatif untuk swab kedua.. Alhamdullillah Kes indek (Isyane) tidak menghasilkan kluster baru haha..Cuma en cinta hati je terpositif dan kawan2 sekerja beliau pun xda yang positif..

Sepanjang berada di pusat kuarantin bermacam cerita aku dengar dari jiran katil sebelah menyebelah atas dan bawah.. Ada Kakak tu suami dia terpaksa dibantu dengan bantuan oksigen ada jugak yang dikomakan untuk dipakaikan ventilator.. Ada yang aku dengar doktor bergaduh berebut ventilator untuk pesakit masing2.. serius ngeri dan menginsafkan.. sesungguhnya wabak covid ni bukan perkara main2.. syukurlah aku dan cinta hatiku hanya diuji dengan sakit ringan.. Bila kita yang hadapi sendiri benda ni baru kita rasa takut sebenarnya..

Sebelum ni aku pun benggang bila kerajaan tidak benarkan rentas negeri tapi bila aku sendiri yang kena aku sangat bersyukur kerana tidak dibenarkan merentas negeri sebab kalau boleh rentas mmg tiap minggu balik kampung weii tau je la org nismilan ni mmg suke balik kg berkumpul2 bak kata orang la orang nismilan ni kambing jiran beranak pun kita yg balik kg haha.. bayangkan lah kalau asik balik kg je sepanjang 2 minggu tu berapa ramai lagi la kontak rapat aku kan dan insan2 berisiko tinggi yang sama2 aku risiko kan.. Jadi kalian jangan lah marah kerajaan xbagi balik kampung bantulah mereka untuk membantu kita..

Ada beberapa perkara yang aku nk kongsikan untuk kalian sekiranya kalian terpaksa berkunjung ke pusat kuarantin Maeps ni sesungguhnya aku tidak mendoakan kalian kesini tapi mana la tau takdir tertulis buat kalian.. 

1. Pakaian yang mencukupi termasuk yang dalam2..kalau bawak sikit pun xpe boleh basuh bawak je sabun basuh

2. keperluan harian seperti keparluan mandi

3. mask yang mencukupi

4. stokin dan baju sejuk

5. selimut (mmg akan dibekalkan selimut tapi serius sejuk kena dua lapis selimut tu pun masih sejuk)

6. makanan ringan/biskut/roti/3 in 1 drinks

sebelum berakhir aku nk kongsikan sikit gambar2 sepanjang aku berada di Pusat kuarantin..




Cyber cafe free of charge

Taman mini kanak-kanak

Mesin yang jual keperluan dan makanan ringan

Rindu starbuck??dun wory ada jugak coffe machine sini





Ini wad aku


 Ni bilik aku syukur dapat katil yang dalam bilik


Berebut nak tengok nama untuk discharge besok hari

Kebetulan stesen tv3 datang untuk buat liputan tapi aku xpasti untuk rancangan apa

Hasil beli di mesin.. berus gg n ubat gg, set sabun mandi dan megi tomyam yang aku makan tapi xda rasa ape haha

 Frontliner yang berjuang dengan baju angkasawan




Beratur untuk discharge dan potong gelang


Sekian coretan aku sesungguhnya pengalaman ini sgt berharga dan moga coretan ini terus sentiasa menigatkan kan aku tentang bahaya wabak covid-19  ini.. untuk kalian yang membaca dari awal hingga akhir terima kasih diucapkan.. sama-sama la kita memerangi wabak covid..kita jaga kita..




3 comments:

Unknown said...

Terbaik is..

Maryana MN said...

alhamdulillan

Syu Deris said...

Semoga covid-19 ni cepat berlalu. Setakat ni alhamdulillah. Belum pernah diuji lagi dengan wabak ni. Kalau boleh mintak jauhlah.