Sep 14, 2020

Trip Ke Pulau Manukan..

Hello gais!! Assalammualaikum.. Entry kali ini aku nk share sikit pengalaman ke Pulau Manukan.. Sebenarnya hajat dihati nk ke Mabul tapi apakan daya kita merancang Allah juga ada rancangan buat kita cheewahh...Insha Allah kalau ada rezki ke Semporna aku tulis pasal Mabul pula ye..

Kalau nk ke Pulau Manukan dari Kota Kinabalu xjauh senang je korang boleh naik bot dari Jetty di Jesselton Point.. Yang bawak kereta ada parking kereta di belakang tu korang gerak depan dah boleh nampak carpark.. Tak mahal pun aku aritu dalam 6 jam baru RM7.00.

Kalau korang yang datang KK tapi xda plan pun nk ke pulau tetiba ada slot kosong pastu tetiba rasa nk ke pulau ehh xda hal gais korang pergi je jetty..sebelum sampai jeti ada beberapa kedai yang menjual segala keperluan yang perlu..Nk cari baju seluar mndi ada, pelampung untuk anak-anak ada..mainan pasir-pasiran ada, tikar2 pun ada..topi pantai kalau nk ootd pun ada..Alamak tapi xsempat la nk cari agen ehh no worry kau pergi je masuk kaunter tiket tu beli tiket kat sana xpayah ikut agen pun boleh yang penting ada RM..

Macam aku aritu aku cari agen je sbb senang xpayah dah kau nk cari-cari tiket ke apa..agen urus tinggal kau tggu je dpn pintu masuk tu.. Harga berapa?? Kalau yang walk in sendri aku xpasti tapi aku pakai agen dia kira 1 Pulau RM60, 2 Pulau RM65 kalau 3 Pulau RM70 untuk dewasa harga tersebut termasuk lah Enterance Fee,Snorkeling Set dan Life Jacket.. Kalau nk buat aktiviti ada Jetski RM195/pax , Parasailing RM120/pax Seawalking RM280/pax (include Video dan Gambar) dan juga boleh Diving RM280/pax (inc Video dan gambar).. So aku cuma ambil basic pakej ke 1 Pulau dan harga untuk kanak-kanak dia kira RM55/pax untuk 1 pulau.. Ok disini aku share no agen yang aku pakai http://www.wasap.my/60106670497.. Boleh contact beliau jika berminat..

Untuk makluman kalian yang belum tau ada 3 buah Pulau yang boleh dilawati iaitu Pulau Manukan, Mamutik Dan Sapi.. Dari Jeti dalam pukul 9 pagi ke Pulau perjalanan naik bot dalam 15 Minit gitu la lebih kurang..Macam aku yang bawak dua askar aku mmg memilih untuk ke sebuah pulau sahaja kerana aku rasa sama je pun laut jugak..haha.. Lagipun xperlu nk terkejar-kejar untuk kepulau seterusnya sbb kalau kau memilih untuk ke dua pulau atau tiga pulau mesti ikut masa yang telah ditetapkan... Contoh sekiranya memilih untuk ke 2 buah pulau biasanya dalam pukul 11 lebih mcm tu kau kena ada di jeti pulau untuk ke pulau seterusnya jadi kalau yang memilih untuk santai-santai seperti aku eloklah pilih untuk ke sebuah pulau sahaja..Satu lagi kalau korang datang musim2 asal petang hujan asal hujan petang eloklah memilih untuk ke sebuah atau dua buah pulau sahaja.. Aku aritu sikit lagi terkandas di pulau smpai petang sbb kalau dah hujan bot xboleh lepas lalu ke jeti ye..Kalau yang berminat nak menginap di pulau manukan pun ada penginapan dia sana cuma aku xpasti harga dan nama resort tersebut..boleh la search lagi untuk maklumat lanjut..

Disebabkan aku pergi ke Pulau Manukan sahaja jadi aku cerita pasal Manukan je la ye Mamutik dan Sapi aku xtaw la mcm mna keadaan dia.. Kalau di Pulau Manukan banyak disediakan pankin-pankin untuk korang duduk-duduk santai tapi ofkos la xckup kalau lambat kompom pankin penuh jadi bersedia je bwak tikar untuk bentang kalau kata xbwak tikar nk beli pun boleh ada je jual dalam kedai kat pulau tu cuma aku xpasti berapa RM la.. Macam aku aritu mmg dah bwk tikar so bentang aje lagipun senang anak-anak main pasir lagi enjoy pakai tikar baru berkelah kan..haha

Dah nama pun berkelah kan elok la korang bawak bekalan ataupun beli siap2 kat kedai makan di jeti tu sbb kalau kat pulau harga nya harga kayangan..Tapi kalau sesekali nk rasa makan harga kayangan apa salahnya kan.. Aku hari tu siap bawak bekal nasi lemak dgn sandwish lagi..Bot yang akan bwak ke Jeti semula adalah Pukul 2 ptg jadi sebelum pukul dua get ready la tunggu di jeti pulau.. Pasal tandas pula sori la xdpt share sbb aku xpergi tandas dia pun aku tukar baju anak2 xda bilas2 badan sempoi rock tebiar haha..aku pun main sarung je balik baju basah aku tu..

Jom layan sikit gambar di Pulau Manukan serius rugi kalau xpergi..




Amacam?? On x On??




Bentang tikar Bawah pokok redup je gais xpanas



Main-main pasir dulu..mainan tu beli kat jeti je..


Dahi adik tu kena bisul ye..Ilang ensom..


Kalau x cukup pankin duduk je bentang tikar baru la piknik kan..haha



No comments: