Nov 25, 2019

Mount Hill Villa Kundasang..

Hello gais!!!! Assalammualaikum!! entry kali ni masih berkisar di Kundasang..Haah mmg xda tempat lain aku nk pergi 😂😂.. Macam biasa aku cakap aku memudahkan kerja korang mencari tempat penginapan di Kundasang.. Kali ni aku menginap di Mount Hill Villa Kundasang..

Lokasi??
Di pintu masuk Desa Cattle.. Kalau perasan aku pernah share penginapan di D'Shaun Lodge and Cafe.. Mount Hill Villa pulak sebelah dia...Paling senang nk kenal sebab kontena dia corak2 lembu..

Konsep??
Konsep dia kontena bilik ala hotel..so dalam bilik ada sebuah katil besar,sebuah tv dengan kettle air lengkap dengan coffee dan gula.. Dalam bilik ada bilik air.. Saiz dia ok la ngam2 kalau keluarga kecil dengan 2 dewasa dan maybe 4 orang kanak2 pun masih boleh.. Bilik air lengkap dengan water heater sabun mandi, berus dan ubat gigi.. Aku terlupa bawak berus gg so igt nk singgah beli.last2 lupa jugak beli so aku cam redho je la x gosok gg satu hari tapi mmg nasib aku masih baik sbb ada disediakan ubat dan berus gg.. Tuala mandi juga disediakan xperlu berat2 bawak towel.. Tapi yang paling aku suka kt sini water heater dia.. Belum pernah lagi aku menginap di Kundasang tiada water heater tapi masalahnya belum pernah lagi aku dapat mandi air ala-ala suam dengan water heater.. Tapi kat sini barulah aku rasa water heater yang fuction betol2.. Barula aku merasa mandi air hangat di Kundasang selalu mesti aku kena jerang air nak mandikan ank2.. Rasa seperti mahu menangis sambil mandi menadah muka di bawah pancuran air tu 😂😂..

Rate??
Rate satu malam RM 180/nite.. Tapi aku dapat diskaun mungkin masa tu promo sbb dia masih baru jadi aku dapat harga RM150/nite..

View??
View mmg super cantik..aku book awl so awl2 aku dah request nk bilik mengadap gunung..mmg kau bukak pintu bilik terus nampak gunung..depan bilik ada macam meja kopi leh santai2 sambil tgk kereta lalu keluar masuk Desa Cattle..Petang baru jam 5 penuh kabus gais..Aku dah acah2 cam kat negara omputih dah 😂😂..

Boleh BBQ??
Malam2 kat kundasang tempat sejuk2 tu rugi kalau xlayan bakar2 kan.. Dun worry kat sana ada disediakan tempat untuk BBQ..ada jugak dapur dorang boleh tumpang masak2 nasi ke apa ke tempat luas dan selesa..

Kelebihan Lain??
Hah ini yang syoknya..Kalau korang menginap kat sini pakej terus boleh tengok arnab, hamster, bird viewing, ambik gambar dengan view taman dan gunung dan ada trampoline untuk anak2 main.. Aku rasa pihak mount hill villa boleh tambah lagi apa2 bahan mainan yg di tingkat atas tu sbb sangat luas.. Kalau korang x menginap boleh ke singgah tgk2 je and ambil gambar?? Boleh gais tapi ada bayaran la Rm5 untuk dewasa Rm3 kanak-kanak.. Selain dari tu aku masuk Desa Catle sampi 2 kali sbb kawasan penginapan selepas pagar Desa Catle so korang nk ngulang 10 kali pun xda hal la 😂😂..




ini view dari bahagian depan Mount Hill Villa


Gambar dalam bilik..pintu putih tu toilet..Ada Deco sbb aku request sempena Anniversary aku..Semua bahan seperti Ballon aku pos (gigih kan 😂) Pihak Mount Hill Villa buat dekorasi tanpa mengenakan sebarang cas tambahan.. TQ sgt2..
Depan bilik ada meja boleh santai2..depan tu terus nampak gunung tapi kabus..jalan tu meghala ke Desa Catle..

Tuuuu nampak gunung kannn.. 


Malam2 layan bakar2 time sejuk2 mmg siok..Tempat dia luas..ada meja dan kerusi..ada jugak dapur dia untuk basuh2 tumpang masak pun boleh..mcm aku mlam tu aku layan bakar2 ja..

View di pagi hari terus dari depan pintu bilik..




Dari atas bilik nampak taman arnab taman burung..Anak aku awal lagi ajak pergi tgk arnab di taman arnab tu..Aku ckp nnti kat tempat kita tidur pun ada arnab..



Amboi..Relaks nampak dik 😏😏









Arnab ada, burung, tupai hamster... Yang tangan kecik kat hamster tu dah knapa??😂😂




Ni bahagian atas..ada trampoline dan buai2 sangat luas hope pihak Mount Hill Villa tambah lagi permainan or apa2 la.. Tu anak aku awl2 pagi dah ajak naik nak main dengan baju tido lagi..

Untuk yang tidak menginap masih boleh singgah..Lepas tgk lembu jom la singgah sini... Rm5 Dewasa Rm3 Kanak-kanak waktu operasi 9 pagi hinnga 5 ptg..

Ok last kita belanjer dlu pic bersemut 😎😎😏.. 

No comments: