Jan 3, 2011

Remang Senja di Kuala Lumpur


Remang senja di Kuala lumpur
Mencetuskan 1001 ceritera warga kota
Kisah-kisah si anak muda
kisah bayi ditinggalkkan ibu bapa
kisah pahit si pengemis di kaki lima
Juga kisah suka duka warga jalanan kota raya

Remang senja di Kuala Lumpur
Memaparkan kisah si teruna dan dara
Bercumbu mesra tidak mengenal tempat
Berpeluk sakan tanpa kenal erti segan
Saat berdua pasti ada yang ketiga
Menghasut anak adam tanpa kenal putus asa
Si dara juga teruna terus hanyut bersama
Tanpa terfikir musibah yang bakal melanda

Remang senja di Kuala Lumpur
Menyingkap dosa-dosa silam si anak adam
Bayi-bayi kecil ditinggal tidak berbapa
Ibu yang tanpa ihsan meninggalkan anak di jalanan
Di gonggong anjing di timbunan sampah
Menggigil kesejukan di tepi tangga bangunan
Dek kerana kerakusan nafsu serta bisikkan syaitan

Remang senja di Kuala Lumpur
Melayarkan kisah duka si malang hina
Ada yang tempang ada yang tuli
Menadah bekas menagih simpati
Dari mereka yang sudi memberi

Remang senja di Kuala  Lumpur
Mengambarkan kisah insan-insan jalanan
Mencari sesuap nasi dengan nyayian
Keringat menitik tidak dihiraukan
Memetik gitar menarik perhatian
Namun jika difikirkan dengan kewarasan akal
Mengapa memilih menyayi di jalanan
Sedangkan tulang empat kerat kuat dibadan







No comments: