Aku pernah post pasal tempat menarik di kundasang yang masih belum baca boleh la intai.. Aku juga pernah review pasal tempat penginapan best di Kundasang sila klik sini untuk baca.. Kali ni sekali lagi aku nk kongsikan tempat penginapan menarik kali ni jika percutian dengan keluarga yang lebih besar..
Kali ni aku bermalam di Alpine D'Bayu Residence.. Tempat penginapan yang lengkap ada dapur, bilik air, bilik mandi.. Ada dua jenis kabin iaitu kabin 2 bilik dan kabin 3 bilik.
Rate??
Okay rate dia masih berpatutan atau mampu milik la jugak..
Untuk kabin 2 bilik :
RM 250 (Ahad - Khamis)
RM 300 (Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum)
Bagi kabin 3 bilik pulak harganya :
RM 350 (Ahad - Khamis)
RM 400 (Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum)
Peralatan dalam rumah lengkap.. Kalau yang datang berkeluarga komponm nak masak2 kan jimat. Jangan risau gais ada dapur, periuk, kuali, keattle, periuk nasi, pinggan, mangkuk, cawan semua ada dan siap ada meja makan lagi.. Kalau boring jgn risau tv ada chanel astro gais dalam kabin aku tu aku dapat kabin pine channel axn pun dpt layan smpi tgh malam haha..
Datang Kundasang xsyok la law x buat BBQ kan.. Hahh ini pun don't worry ada private BBQ di setiap kabin siap ada pankin lagi leh lepak2 lua mkn2 sambil bakar2. Tapi masa aku menginap tu kebetulan hujan bakar kat lua makan dalam rumah je xdpt nk santai2..
View ok x weyy?? Apa barang datang kundasang view xcantik kn.. View area kabin mmg cantik mcam dalam taman.. Ala2 macam negara orang putih konon weyy haha.. View gunung nampak x?? Kalau dari kabin aku mmg xnmpak view gunung terus dari kabin tapi kna keluar sikit baru nmpak gunung..
Kesimpulannya Alpine D' Bayu resindence boleh la masuk dalam senarai pendek kalian sekiranya sedang mencari tempat penginapan di Kundasang.. Sembang banyak x guna gak jom layan gambar2 di bawah..
Masuk pintu terus nmpak sofa meja makan dan tv di sudut atas tu..
Hah dapur lengkap periuk nasi, kuali periuk, dapur gas, pinggan mangkuk ada jgk tersusun cantik atas rak atas peti ais.. aku x snap gambar plk..
Ada peti ais lagi gais..tgk anak aku tu peti umah orang pun dibukaknya..Pintu belakang tu boleh keluar ke tempat BBQ dan pankin untuk santai2..
Itulah tempat BBQ dan Pankin bawak arang dan jaring sendri ye..
Operasi bakar2 sedang dijalankan aku x sangggup dah keluar sbb sejuk giler tambah hujan lagi..
Ni bilik dengan 1 katil Queen di depan dapur..
Di tingkat Atas naik je tangga jumpa satu katil single dan depan tu ada pintu masuk ke bilik dengan 2 katil single didalamnya.
2 buah katil single
Ada pintu untuk ke balkoni di tingkat atas.
Antara gambar2 yang sempat di snap sekitar kabin... Kan ala2 dalam taman tu..
4 pic terakhir ni aku ciplak dari fb Alpine D'Bayu.. kalau ada yang nk tengok lebih banyak gambar luar dalam dan sekitar kawasan boleh search fb Alpine D'Bayu Resindence ye..
Sekian sahaja untuk tatapan kalian.. Mungkin lepas ni aku jalan tempat lain pulak dalam Sabah ni kot..haha.. Dulu ayat aku mcm ni jgk tapi last2 ke Kundasang jugak phuuiitt!!
No comments:
Post a Comment