D'Shaunn Lodge & Cafe Kundasang..
Lokasi dimana??
Lokasi dia betul-betul sebelah pintu masuk Desa Cattle Farm.. Konsep bilik-bilik mcm hotel jadi yang datang berkeluarga dan ada plan nk masak-masak untuk jimat belanja tu xsesuai la. Cuma kalau korang datang famly kecik mcm aku aritu berempat beranak je sangat la ok..
Berapa Rate??
RM 180 untuk twin bed / King Bed include breakfast.. Breakfast dia simple je masa aku aritu ada nsi grg mee grg telur mata dan 2 jenis air iaitu kopi dan teh.
Apa ada dalam bilik??
Dalam bilik ada tv, ada keatle nk masak air, cawan siap ada coffee dan gula.. Towel xbwk sbb xnk beg berat?? No Worries ada towel disediakan gais xperlu tambah duit.. Toilet mcm mna?? Ada toilet dalam bilik ye.. Ada pemanas air siap ada sabun dan shampoo tinggal korang bwk berus dan ubat gg je..
Boleh BBQ ke??
Ok yg ni kurang sikit..tempat dia boleh bbq dari dalam bilik ada satu lagi pintu keluar balkoni yang menghadap gunung kinabalu..situ boleh bbq cuma korang kena bawk peralatan sendiri..Maknanya bwk la pemanggang BBQ sendri...Itu yang kurang hope pengusaha D'shaunn dpt tingkatkan fasiliti yang tu..mungkin boleh kenakan cas untuk yang nk guna peralatan bbq sbb port and view dah cantik..
View Cantik??
Of corse cantik.. luar balkoni boleh nmpak gunung dan padang rumput tempat lembu meragut..hah 2 in 1 gais..xpayh masuk desa cattle pun nmpak lembu haha.. Cuma aku haritu tak da rezeki dpt bilik atas sbb dah penuh so dpt bilik bwh je. Itupun dah ok cuma law nk cntik lagi bila view dari bilik atas.. Ok nk cerita pasal view lg kat sini ada satu port mcm parkin ataupun anjung tinjau dia letak kerusi-kerusi korang boleh santai-santai sambil snap2 gmbar.. View mmg cun terus nmpak gunung gais mmg x rugi..
Nak makan senang tak??
Nama pun Lodge & Cafe kan so mmg ada cafe untuk makan.. Makanan berpatutan dan sedap.. Makanan jenis ala carte, order je sampai panas2 sambil makan menghadap view yang cantik perghhh terbaik..haha.. Waktu cafe beroperasi dari 7am-7pm.. So kalau nk isi perut utk mkn mlm sebelum kol 7 la kna mkan pastu mlm kebulur lam bilik kau masak megi jela.. Yang x menginap pun boleh je singgah mkn.. Dah penat tengok lembu mkn baik kau pun mkn haha..
Tak payah cite banyak meh nk share sikit gambar..
Nmpak tak tu pintu masuk Desa Cattle di sebelah kiri.. D'shaunn sebelah kanan tu je hah.. |
Dalam bilik katil king ada tv.. Cuma siaran xbanyak tapi ok la setakat satu mlm je and setakat nk tidur esok pgi dah nak kluar nk tgk tv pun xsempat.. |
Meja cermin ada keatle nk masak air boleh bancuh kopi ada disediakan cawan dan coffee..Air mineral pun ada dua botol.. |
Pintu tu untuk keluar ke balkoni yang boleh nmpak gunung dan padang ragut lembu.. |
View dari balkoni.. Ni bilik bawah kalau bilik atas kompom lagi cantik.. |
Bilik air bersih dan lengkap dgn sabun dan shampoo.. Ada pemanas air jgk jgn takut nk mandi.. |
Ni port yang biasa yang pengunjung selalu snap gmbar sebelum masuk Desa Cattle.. Dari bilik ktorang jalan kaki je ke sini ambik angin petang kundasang.. |
Malam-malam aku buat stimboat je.. Bwk bahan dan periuk letrik ni dri rumah.. Hehe |
Ni view dari balkoni jam 8 am jelas tanpa kabus.. |
Ni lah tempat yang aku kata macam parkin ataupun anjung tinjau... Ni sebelah petang agak berkabus.. |
Berkabus..Hilang gunung..haha |
Ok dah pagi..ni depan pintu bilik nampak matahari nak naik.. |
Di anjung tinjau pada pagi hari.. Clear gunung tu hah nmpak tak.. |
We're here at D'shaunn... |
Ok la setakat itu sahaja yang boleh aku kongsikan.. Kesimpulannya Lodge ni patut ada dalam senarai pendek korang kalau nak cari tempat bermalam di kundasang..
|
11 comments:
Makanan d cafe tu halal kah?
Semestinya halal....owner serta staff muslim 100%..dan saya memang mengenali beliau
Mmg best, harga mampu bayar ... yg bestnya dekat/good view of mt kinabalu.
My fren pnya lodge hse.
Nak tnya..stay kat sini ada bau lembu x sis
Sy pn brcadang nk menginap kt sini, viewnya sgt cantik.. ada bilik family tak?
mcm mana nak booking
Xda bau lembu. Hirup udara pepagi sngat freshh .
Minta no telefon mereka boleh kah
Cara booking macam mana?
Ada no telefon tak
Assalamualaikum and hi everyone😊
Sekadar utk makluman semua pelanggan D’shaunn Lodge Kundasang
Di sini kami ingin memohon maaf kerana nombor henfon kami yg bernombor 011-25251626 tidak digunakan lagi atas sebab tertentu.. sekiranya tuan/puan ada pertanyaan atau ingin membuat booking.. Tuan/puan boleh menghubungi kami terus di nombor 088-889921(Office D’shaunn).
Post a Comment