May 8, 2014

Keberkatan Rezeki.....


Hola readers!!
so arini nk crita topik yang agak serius cket la kot...
keberkatan rezeki...
Aku bukan la ustazah ataupon golongan bijak pandai
yang nk ulas pasal benda2 yang agak berat ni..
cuma aku nk menyatakan sedikit pandangan mungkin..

Apa itu rezeki yang berkat??
pada aku rezki yang berkat ni
walaupun ianya sedikit tapi sentiasa cukup..
bila banyak pula ianya boleh dibagi2kan..
rezki yang tak berapa nk berkat tu
pada aku, walaupon banyak asik xckup je manjang..

Macam mana nk mendapatkan rezki yang berkat??
banyak cara sebenarnya..
antaranya ialah perbanyakkan sedekah,
berusaha mencari rezki yang halal,
belanjakan rezeki di jalan yang betul,
bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah
dan bagi aku yang paling pentingnya
jangan lupa panjangkan rezki kepada kedua ibu bapa..

Ya, ini yang aku nk ulas sedikit la..
ada satu kisah yang aku terbaca..
panjang critanya tapi aku pendekkan..
Ada seorang anak yang memang tiap bulan
tak pernah miss bagi duit kat ibu ayah die..
tapi bila sampai 1 masa mungkin komitmen die dah mula bertambah..
 jumlah wang belanja yang diberi pada orang tua die mula berkurang..

Masalahnya walaupon die dah kurangkan
jumlah belanja pada ibu bapanya tapi wit belanja die
tiap bulan pon masih xckup jgk..
sehingga lah satu hari die mendapat nasihat dari seorang rakan
mengenai keberkatan rezki dari doa ibu bapa..
die mula bagi wang belanja setiap bulan seperti biasa..
walaupon banyak komitmen setiap bulan
namun ianya sentiasa mencukupi
xda la masalah xckup wit lagi..
itulah antaranya mcm mna nk peroleh rezki yang berkat..

kalau wit belanja utk ibu bapa kita dah kurangkan 
pon terasa kurang berkatnya..
apatah lagi yang tak memberi lansung..
jika sdikit pendapatan kita beri lah sdikit..
mgkin disitu kita boleh beroleh sdikit keberkatan..

Dan jgn lupa sentiasa bersyukur dengan apa
yang telah dikurniakan oleh Allah..
jika kita merasakan diri kita susah
jgn lupa lebih ramai lagi insan yang susah dari kita..

maaf andai ayat aku kurang tersusun
dan maksudku tidak sampai..
seperti yang aku katakan aku bukan la bijak pandai
untuk mengulas isu ini..
aku hanya menyampaikan sedikit pendapat ku..

 
 

No comments: